Monday, April 20, 2009

-Koleksi Hadith...

Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Kepentingan Menjaga Solat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Sunday, March 15, 2009

-kembara perantauan (1)..-



Salam...

Permulaan kembara bagaikan suatu yang di nanti-nanti setelah meluangkn keringat n usaha selama 1 1/2 thun di KBU(Kolej Bndar Utama)..Masa yg dihabiskn di KBU bagaikn pergi berlalu dengan cepat walaupun ianya genap sthun setngah aku berkenalan dan bertgkus lumus sdaya upaya dengan kwn2 seperjuangan bagi mengapai cita2 menerjah awan biru..

Syukur ke Hadrat Ilahi,semuanya brgerak sperti yg dirancangkan.Persiapan n bekalan selamat d'pack n tarikh 7Feb 09 menjelma jua..Hari ini,hari yg akn mmbawa aku mgembara di negara org bgi mnruskan cita2 n impiaan aku selama ini.

Namun,di dalam kegembiraan,terselit seribu n berjuta2 perasaan sdeh yg tidak dpt diungkapkan di kala aku akan mnggalkn keluarga tersayang,yg telah aku habiskn hampir 20 thun bersama2 suka duka sepanjang usia aku.Umi,ayah,mama,alya,hanim,apez,paiz,syafeq, n shahir....semuanya akan aku rindui hari demi hari,kelak akan menghitung hari untuk pulang menemui kalian semua..